Jika anda baca tajuk di atas pasti anda berkata…
“ ahhh… ini saja nak ambil perhatian je ni… “
Sememangnya ya tajuk di atas memang agak kritikal dan menyonsang dari yang biasa kita dengar.
Selama ini kita diajar agar apa yang kita berikan mahupun sediakan sepatutnya mampu memberi kepuasan kepada pelanggan kita. Bila pelanggan puas maka kita akan disukai pelanggan dan akan sentiasa menjadi pilihan pelanggan.
Ya saya amat bersetuju dengannya cuma saya ingin bawa anda untuk lihat kepuasan pelanggan ini dari satu sudut yang lain pula.
Untuk mari baca situasi-situasi berikut :
Situasi 1
“PUAS dah aku tengok cerita tu di pawagam. Tak payah tonton lagilah sebab dah 2 kali aku menontonnya…”
Situasi 2
“Jom kita pekena yang lain pulak… PUAS dah seminggu makan mee kari je…”
Atau cuba and baca babak ini pula…
Seorang ibu membawa anak kecilnya ke satu taman tema yang penuh dengan pelbagai jenis permainan… selepas beberapa jam si Ibu mengajak anaknya pulang lalu anaknya berkata…” Nantilah Ibu… Man TAK PUAS main lagi ni…” Lalu si Ibu berkata:
“Tak pe Man nanti kita datang ke sini lagi”.
“Besok awal-awal aku kena pergi restoran Mak Mah… hari tu dah pekena dah nasi lemak dia… memang sedap… TAK PUAS rasanya…”
Jadi bagaimana sekarang…???
Adakah saya berjaya bawa anda untuk melihat kepuasan pelanggan dari sudut lain dari yang biasa kita tahu ?
Apa yang saya ingin sampaikan adalah ianya bukan sekadar pelanggan puas hati dengan produk atau perkhidmatan kita tetapi ianya melangkaui lebih dari itu sehingga mereka tidak puas-puas mendapatkan produk mahupun perkhidmatan kita.
Lagi prospek kita puas hati dengan produk atau perkhidmatan kita maka lagi tak puas- puas mereka untuk dapatkan atau gunakan produk mahupun perkhidmatan yang kita tawarkan.

