July 22, 2024

Bagi perniagaan ‘B2B’ laman webnya bukan sekadar sebuah brosur atas talian (online brochure) semata-mata.

Laman web syarikat yang baik adalah laman web yang bukan sekadar mampu menjana jualan tetapi yang penting mampu menjadi pusat rujukan prospek. Untuk itu sesebuah laman web perlu ada 5 elemen berikut :

 

Elemen #1
Kandungan yang baik

-- Advertisement --

Kandungan bermaksud apa yang kita tulis di dalam laman web tersebut. Kita perlu sedar dan faham kenapa prospek datang dan membeca laman web kita. Pasti ada sesuatu yang mereka cari atau sesuatu yang menarik perhatian serta minat mereka ada di dalam laman web kita.

Pepatah Inggeris ada menyatakan “Content Is King” . Kandungan yang baik akan menjana senarai prospek, membina kredibiliti serta membina keyakinan prospek terhadap syarikat mahupun produk kita.

Kandungan yang kita hasilkan melalui penulisan itu perlulah padat, relevan, boleh dikongsi sebarkan serta mempunyai nilai. Pelamat laman web anda memilih isu dalam kandungan laman web anda, fikirkan tentangnya, bersembang tentangnya sehingga seronok untuk kongsikannya dengan orang lain dan jika betul-betul berkesan Google pun akan sebarkannya bagi pihak anda.

Ianya tidak semestinya penulisan dalam laman web tersebut tetapi gambar-gambar serta video-video juga merupakan sesuatu yang ada kandungan yang boleh kita kongsi sebarkan.

Kajian terkini menunjukkan 90% dari maklumat yang disebarkan akan mudah masuk ke dalam minda manusia.

 

Elemen #2
Rekaan Web Yang Responsif

Laman web yang mempunyai rekaan yang menarik bukan sekadar hanya tertumpu kepada rekaan grafiknya. Nagi B2B konsep rekaan grafiknya tidak perlu keterlaluan tetapi cukup untuk tarik perhatian dan dalam masa yang sama dapat menaikkan imej dan kredibiliti syarikat atau perniagaan.

Rekaan laman web juga bukan sekadar untuk paparan pada monitor computer atau laptop semata kerana kini apa yang kita panggil teklogi ‘mobile’ sedang berkembang pesat. Orang tidak perlu lagi ‘laptop’ untuk terus berada di atas talian (on-line) kerana dengan sebuah telefon bimbit sahaja sudah boleh melakukan.

Oleh itu laman web yang direka haruslah boleh dipapar di ‘handphone’, laptop, iPad dan sebagainya.

 

Elemen #3
Media Sosial

Dahulu media sosial hanya untuk mereka yang sering ber ‘online’ untuk bersosial di internet. Kini media sosial merupakan satu medium pemasaran yang baik. Media sosial ini termasuklah facebook, tweetter, Instagram dan sebagainya.

Prospek yang berpotensi tinggi bukan sekadar melawat laman web anda malah mereka juga akan mencari akaun laman sosial anda seperti facebook dan tweeter. Oleh itu laman web yang direka haruslah ada integrasi dengan laman sosial seperti butang ‘sharing’ laman sosial tersebut. Bagi perniagaan ‘B2B’ jangan pandang sebelah mata pada laman LinkedIn kerana laman ini merupakan laman sosial bagi perniagaan.

 

Elemen #4
SEO

Sebaik mana pun rekaan laman web anda. Sebaik mana pun penulisan kandungannya jika tiada pelawat maka ianya seumpama sesuatu yang sia-sia.

Terdapat dua cara untuk prospek sampai ke laman web kita :

1) Lakukan pemasaran dan war-warkan tentang laman web kita.

2) Prospek datang sendiri kerana melakukan carian di Google.

Google mempunyai perkhidmatan carian maklumat dan rata-rata tiada siapa yang tak perniah mencari sesuatu di Google. Search Engine Optimization (SEO) merupakan satu kaedah dimana kata-kata kunci yang terdapat dalam kandungan laman web dijadikan sebagai carian di enjin carian Google. Melalui enjin carian Google ini prospek secara organiknya akan terjumpa laman web
kita.

Elemen #5
Fokus Kepada Prospek

Samada rekaan laman web mahupun penulisan kandungan laman web haruslah fokus kepada prospek.

Rekaan laman web yang fokus kepada prospek maka akan memudah prospek dalam mendapatkan sesuatu melalui laman web kita itu. Mudah untuk akses, mudah untuk dibaca serta mudah untuk melakukan tempahan atau belian melalui laman web tersebut.

Rekaan grafiknya harus fokus kepada siapa prospek utama. Ini akan mempengaruhi pemilihan warna tema serta rekaan grafik yang lainnya. Kandungannya juga harus ditulis sesuai dengan apa yang prospek cari dan mahukan dan misi penulisan adalah agar dapat selesaikan masalah prospek.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

error: Content is protected !!