March 22, 2026

Ramai dari kita boleh menghasilkan hasil penulisan copywriting tetapi dalam masa yang sama ramai yang hasilkan penulisan copywriting yang tidak tentu halatujuinya. Akibatnya hasil copywriting yang dihasilkan tidak dapat memberi kesan mendalam kepada emosi prospek atau pembaca sasaran.

Sebelum melakukan penulisan kita perlu tentukan dahulu akan beberapa perkara :

[1] Tentukan siapa kita di pasaran.

-- Advertisement --

Kita kena ingat selalunya prospek hanya akan memilih penjual yang mereka yakini. Prospek yakin bahawa kita sebagai penjual boleh berikan apa yang mereka mahu dan boleh bantu mereka jika diperlukan. Apa yang paling penting adalah prospek kita itu tidak mahu ditipu.

Untuk itu kita perlu tunjukkan samada kita, fan page kita, blog kita mahupun laman web kita fokus kepada satu ‘niche’ dan dilihat sebagai pakar dalam ‘niche’ tersebut tanpa perlu kita war-warkan yang kita ini pakar.

Contohnya…

Katakan kita menjadi ejen dan menjual pelbagai produk wanita yang khusus kepada kesihatan dan kecantikan. Kita bina satu blog yang khusus menyampaikan isu wanita,
kesihatan serta kecantikan.

Dalam blog inilah kita akan berkongsi pelbagai maklumat tentang isu-siu tersebut sehingga ianya menjadi pusat rujukan para wanita untuk mendapatkan maklumat tentang isu wanita, kesihatan dan kecantikan.

Bila ini berlaku maka proses melakukan pra jualan serta jualan tidak akan hadapi masalah yang berat.

[2] Tentukan apa sebenarnya produk kita

Sering terjadi kepada para penjual adalah dimana tidak menguasai pengetahuan tentang produk yang dijual yang akhirnya mesej yang disampaikan tidak juga memberi kesan ke atas emosi prospek untuk membeli apa yang dijual. Ini berlaku terutamanya kepada ejen-ejen penjual dan pemasar.

Selalunya apa yang terjadi bila prospek bertanyakan tentang produk dan ada bahagiannya yang prospek tidak mampu menjawab maka mulalah si penjual akan berpusing-pusing mencipta jawapan yang mungkin tidak terdapat pada produk.

Prospek akan hormat serta percaya jika si penjual tahu segalanya tentang produk. Seperti yang diterangkan sebelum ini prospek hanya akan membeli jika ia yakin denghan kita dan mana mungkin mereka yakin jika lihat kita seperti tak tahu tentang produk yang kita jual.

Ambil masa untuk belajar, kaji dan kenal produk yang kita jual. Barulah kita seperti menghormati apa yang kita jual.

[3] Tentukan siapa sebenarnya prospek kita

Teknik menjual yang sering kita lakukan adalah menjual kepada semua orang. Teknik ini sememangnya amat memenatkan dan apa yang perlu kita lakukan adalah menjual kepada prospek yang berpotensi tinggi untuk membeli.

Kita perlu kenal siapa sebenarnya prospek yang berpotensi tinggi ini. Apa latar belakang mereka, apa masalah mereka serta apa impian mereka. Ketahui juga apa sebenarnya yang mereka mahukan.

Jika ini kita lakukan maka mesej yang kita bina dan sampaikan akan dapat memberi kesan ke atas emosi mereka.

Bila kita kenal siapa prospek kita maka kita tahu iklan apa yang harus disebarkan dan tahu di mana ianya harus disebarkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *